(Terkini) Kali ke 31 khemah diroboh rejim Zionis.

Jumaat,  11/09/2009 – Pihak berkuasa Israel Selasa lalu telah merobohkan semua khemah di kampung tidak dikenali, Tawil Abu Jarwal untuk kali ke-31 sambil meninggalkan para penduduk di bawah panas matahari.

Ketua majlis daerah, Ibrahim al-Wakili mengutuk kemusnahan berulang bagi kampung Tawil ini dan ini membuktikan penceroboh Israel tidak peka dan tidak mengambil kira kesucian bulan Ramadan dan fakta yang penduduk kampung itu sedang berpuasa.

Beliau juga mengkritik penceroboh Israel yang menolak untuk berbincang dengn penduduk kampung bagi mencapai sebarang penyelesaian. Beliau berkata majlis daerah akan menyokong penduduk kampung mengikut bidang kuasanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79