Demonstrasi tuntut mayat syuhada’ dikembalikan.

Jumaat,  11/09/2009 – Ratusan rakyat Palestin terdiri daripada kaum keluarga para syuhada’ dan orang-orang hilang dalam tahanan regim Zionis telah mengadakan demonstrasi pada hari Selasa di bandar Nablus. Mereka menuntut dikembalikan mayat anak-anak mereka dan orang-orang yang yang hilang dalam tahanan regim Zionis sejak puluhan tahun lalu.

Para penunjuk perasaan mengutuk keras polisi regim Zionis terhadap mayat para syuhada’, orang-orang yang hilang dan keluarga mereka. Mereka juga mengutuk kedegilan Zionis yang menyembunyikan maklumat berkenaan orang-orang yang ditahan. Mereka tidak menolak kemungkinan pihak Zionis mengambil organ-organ badan anak-anak mereka dan mencemarkan kehormatan mayat mereka, khususnya selepas sebuah akhbar Sweden menyiarkan laporan yang mengesahkan maklumat tersebut.

Kaum keluarga terlibat memaklumkan mereka sedang berusaha untuk membuat tuntutan rasmi, sama ada pada peringkat nasional dan antarabangsa, serta melalui badan-badan hak asasi manusia agar segala cara digunakan bagi membebaskan anak-anak mereka yang ditahan. Mereka menegaskan regim Zionis tidak berhak sama sekali untuk bertindak menahan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir