Israel Bina 455 unit penempatan haram di Timur Jerusalem.

Jumaat,  11/09/2009 –Kerajaan haram Israel merasmikan pembinaan 455 buah rumah haram untuk penduduk haram Israel di kejiranan Mafseret Adumim berhampiran Maaleh Adumim di Timur Jerusalem.

Beberapa ahli Knesset dan menteri menyertai upacara ini dan mengikut Maer Barosh ahli Knesset ini merupakan tindak balas terhadap desakan antarabangsa untuk menghentikan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat dan TImur Jerusalem serta berikrar akan meluaskan lagi penempatan haram.  Israel merancang membina 3000 unit haram di Maaleh Adumim dengan fasa pembinaan 600 unit haram setahun dimana 37000 penduduk haram menetap di situ.

Barosh menambah lagi Israel tidak boleh menjadi lemah atas desakan antarabangsa dan mengaku Israel telah banyak melakukan pengorbanan sejak perjanjian Oslo untuk keamanan dan atas sebab demikian Israel tidak berpuas hati atas desakan antarabangsa untuk memulihkan hubungna dengan negara Arab.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous