Banduan wanita Palestin diseksa kejam selama 12 hari.

Isnin,  14/09/2009 – Ghufran Zamel telah diletakkan dalam soal siasat berterusan yang kejam selama 12 hari di penjara pihak rejim Zionis , menurut Pertubuhan Tadamun Antarangsa (perpaduan) untuk hak asasi manusia pada Ahad lalu.

Peguam pertubuhan tersebut yang berjaya menemunya berkata Zamel menerima penderaan kejam sebaik saja dia ditangkap dan dinafikan sebarang lawatan untuknya. Dia memetik Zamel sebagai berkata, soal siasat itu berpanjangan siang dan malam tanpa henti dan dia kekurangan tidur selama tiga hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79