Haneyya : Pihak berkuasa Ramallah sengaja mencipta jurang.

Isnin,  14/09/2009 – Kerajaan Palestin di Ismail Haneyya telah memberi amaran bahawa polisi diskriminasi oleh pihak berkuasa Ramallah di Tebing barat sebagai satu usaha sengaja untuk mensabotaj usaha bagi merapatkan jurang dalaman kerajaan.

Taher al Nunu, jurucakap kerajaan berkata di dalam kenyataannya pada Sabtu malam lepas bahawa kejadian penculikan yang berterusan, dibuang kerja dan pembuangan kerja dilakukan dipihak berkuasa Ramallah.

Beliau secara jelasnya menyatakan bahawa keputusan terbaru untuk memecat pihak berkuasa tempatan yang baru dilantik di Qalqilia dan melantik seorang wakil fatah memberikan satu keputusan “haram” dan di lakukan oleh satu badan kerajaan yang “haram”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  iswardy