(Terkini) Militia Abbas culik 13 penyokong HAMAS.

Isnin,  14/09/2009 – Militia Abbas meneruskan tindakan menculik barisan penyokong HAMAS di Tebing Barat. 13 orang daripada mereka diculik dalam masa 2 hari di wilayah Nablus, Salfeet dan Tulkarem. Antara yang diculik ialah ketua pejabat seorang wakil rakyat Abdul Razzaq, seorang guru dan 8 orang tawanan yang sudah dibebaskan sebelum ini.

Laman web rasmi HAMAS di Tebing Barat berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Ahad (13/9), bahawa militia Abbas telah menculik 13 orang penyokong HAMAS.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir