al-Rashq: HAMAS tidak beri kuasa kepada Abbas untuk berunding.

Selasa,  15/09/2009 – HAMAS menegaskan bahawa ia tidak pernah memberi kuasa kepada Mahmoud Abbas, Presiden yang sudah tamat tempoh pemerintahannya, untuk berunding dengan pihak Zionis sebelum penyatuan saf dalaman dan penamatan perpecahan. HAMAS juga bimbang kelemahan yang sedang dihadapi oleh pihak berkuasa Palestin ketika ini akan menjadi alasan bagi mengemukakan lebih banyak kompromi.

Anggota Biro Politik HAMAS, Ezzat al-Rashq berkata dalam kenyataan akhbar pada hari Ahad (13/9) kepada Agensi Berita Quds Press: “Mahmoud Abbas dan pasukannya tidak mempunyai kuasa untuk melakukan rundingan. Segala keputusan daripada rundingan tersebut tidak wajib dipatuhi oleh rakyat Palestin, terutamanya ketika perpecahan masih berlaku kini. Oleh itu, adalah sia-sia jika rundingan dengan Zionis Israel diteruskan sebelum penyatuan saf Palestin dilakukan.”

al-Rashq menjangkakan tidak ada titik tolak sebenar dalam isu rundingan dengan Zionis, terutamanya kerajaan Israel yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu dan Menteri Luarnya Liberman.” Beliau menegaskan bahawa mana-mana titik tolak bagi rundingan jika diteruskan ketika ini akan menyebabkan kompromi berlaku terhadap hak-hak rakyat Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir