Bekalan air Gaza semakin runcing.

Rabu,  16/09/2009 – Badan Alam Sekitar di bawah PBB berkata bekalan air bawah tanah di Gaza sedang menghadapi bahaya besar berdepan dengan kemusnahan teruk selepas Perang Gaza-Israel.

UN memberi cadangan tangki tapak air bawah tanah tersebut perlu di’rehat’kan dan punca air alternatif perlu dicari dan sekiranya ini tidak berlaku maka kemusnahan ini akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan sistem tangki air bawah tanah. Dan sebarang tindakan pemulihan memerlukan restu daripada Mesir dan Israel kerana ianya diletakkan dibawah kerjasama mereka.

Sebanyak 1.5 juta diperlukan bagi usaha baik pulih dan akan mengambil masa selama 20 tahun termasuk usaha membina proses penapisan dimana bekalan air tersebut dicemari dengan peningkatan air-garam dalam ruang bawah tanah disebabkan penyedutan berlebihan, pencemaran yang boleh mengakibatkan keracunan nitrat untuk bayi.

Badan tersebut menggesa dengan segera pelaburan dalam projek pembaikan dan pemulihan ini untuk keselamatan jangka panjang.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous