(Terkini) Sempadan Rafah akan dibuka 3 hari bermula 18 September.

Rabu,  16/09/2009 – Jabatan Lintasan Sempadan bawah Kerajaan Hamas di Gaza Selasa lalu menyatakan bahawa Terminal Sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka selama tiga hari bermula pada hari Jumaat 18 September. Jabatan itu menambah ia telah mengadakan rundingan dengan Mesir untuk memudahkan perjalanan penduduk terbabit. Ia juga berkata sedang cuba untuk memastikan terminal itu dibuka beberapa hari lagi dengan kerjasama kerajaan Mesir.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79