Haniyya akan bebaskan puluhan tahanan.

Rabu,  16/09/2009 – Dalam satu upacara buka puasa bersama dengan para imam, ahli majlis, menteri, dan datuk bandar, Perdana Menteri Palestin Hamas telah membuat keputusan untuk membebaskan puluhan tahanan penjara yang ditahan ketika pertempuran di Rafah bulan lepas.

Pertempuran itu berlaku apabila pemimpin yang dikaitkan dengan al-Qaeda mengumumkan penubuhan Emiriyah Islam dalam satu ucapan di sebuah masjid di Rafah yang mengakibatkan 22 orang terbunuh termasuk polis, ahli Salafi, ahli kumpulan Jund Allah serta pemimpinnya Abdul-Latif Mousa dan lebih 130 orang cedera di mana pertempuran ini adalah di antara gabungan Hamas-Briged Qassam dengan kumpulan tersebut.

Haneyya menambah Jerusalem adalah bahagian yang paling penting dalam tanah suci dan tidak akan berganjak walau seinci daripada prinsip perjuangan Hamas dalam membebaskan Palestin sama ada menang atau syahid.

Haneyya menambah kerajaan Hamas memandang positif inisiatif menubuhkan kerajaan perpaduan dan bersetuju sebahagian dokumen cadangan Mesir mempunyai aspek yang positif dan yang selainnya memerlukan penelitian yang halus dan teliti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous