10 Tahun Intifadah semangat baru jihad Palestin.

Rabu, 30/09/2009 – Jurucakap HAMAS di Gaza, Abdullatif Qani menegaskan peringatan intifadah tahun ke-9 yang berlangsung pada 28/9/09 lalu merupakan babak memperbaharu baiat seluruh mujahidin dan rakyat Palestin dalam usaha meneruskan jihad dan membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis-Israel. Dalam kenyataannya, Qanu menegaskan fasa baru perjuangan seluruh rakyat Palestin adalah meneruskan jihad dan penentangan, membebaskan Palestin, melindungi al-Aqsa dan membebaskan seluruh tawanan Palestin di penjara Israel.

Dalam kesempatan ini, Qanu menyampaikan salam penghormatan kepada para syuhada dan keluarga mereka yang sabar dan tegar mengikhlaskan keluarganya demi menjadi tunjang pembebasan bagi Al-Aqsa. Sehingga kini, sudah 7515 syuhada dan 100 000 cedera dalam usaha melindungi al-Aqsa dari penjajahan Zionis-Israel. Qanu juga menyampaikan penghormatan yang sedalam-dalamnya bagi 11.000 tawanan Palestin yang masih lagi dipenjarakan Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif