Qassem : Israel menarik balik serangan terhadap Masjidil Aqsa sebagai langkah mengelak tindak balas yang hebat.

Rabu, 30/09/2009 – Dalam satu kenyataan media kepada Pusat Informasi Palestin ( PIC ), Dr. Abdelsattar Qassem, seorang profesor sains politik di Universiti Al-Najah, Nablus, menyatakan pada Isnin bahawa Israel menarik balik serangan terhadap Masjidil Aqsa kerana bimbang akan kebangkitan yang dahsyat dari dunia Arab dan umat Islam seluruh dunia. “ Akan muncul saat mereka menghampiri cita-cita mereka, tetapi adakah mereka akan berjaya jua akhirnya?, kita tunggu dan lihat”, tambah beliau.

Beliau juga menambah bahawa Yahudi percaya, ‘Israel’ tidak akan selamat selagi Tuhan mereka memurkai bangsa mereka, selama mana tidak terbinanya kuil yang dijanjikan. Justeru itu, mereka percaya kuil tersebut harus di bina pada tapak Masjidil Aqsa itu sendiri, bagi memelihara kesucian kuil tersebut. Profesor Palestin itu menempelak Mahmoud Abbas dan mantan Presiden Palestin, Yasser Arafat sebagai bertanggung jawab atas penyeksaan rakyat Palestin selama ini serta rakyat Palestin tidak dapat mempertahankan diri mereka.

Beliau juga menambah, pihak keselamatan Palestin seharusnya menghentikan segala perjumpaan dan rundingan kerana Abbas dan sekutunya hanya takut kehilangan kuasa, pengaruh politik dan kemasyuran dunia sebagai seorang pemimpin rakyat Palestin dengan hanya mengambil berat soal harta, kereta dan melancong.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929