Zahhar: Hamas respon positif cadangan Mesir bukan konsesi.

Rabu, 30/09/2009 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, anggota biro politik Hamas mengatakan bahawa pergerakannya memandang positif cadangan Mesir untuk menamatkan konflik dalaman Palestin.

Beliauy mengatakan kepada rangkaian televisyen Qatar Al-Jazeera pada Isnin lalu bahawa respons positif itu tidak bermakna menawarkan konsesi tetapi kesungguhan untuk menyelesaikan masalah yang tertangguh dan mencapai kesepakatan.

Sementara itu Dr Ismail Radwan, salah seorang pemimpin politik Hamas mengatakan kepada PIC pada hari yang sama bahawa kenyataan pergerakan itu termasuklah menstruktur semula pasukan keselamatan di Tebing Barat dan Jalur Gaza secara bersama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79