Masri: Pencerobohan Israel ke atas Aqsa lebih menyemarakkan api perjuangan.

Rabu, 30/09/2009 – Pegawai Tertinggi Hamas dan pengubal undang-undang , Mushir Al-Masri berkata pada hari Ahad bahawa sebarang tindakan pencerobohan ke atas Masjid Aqsa akan menyemarakkan perjuangan penentangan yang akan meningkat 2 kali ganda.

Semasa demonstrasi yang diadakan di Tebing Gaza untuk mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Aqsa baru-baru ini, Masri berkata bahawa Hamas akan menjawab dengan darah dan nyawa pemimpin dan pejuangnya dan tindakan penahanan di Tebing Barat tidak sekali-kali akan melemahkan semangat juang mereka dalam mempertahankan Aqsa.

Masri menuduh Israel sengaja mahu mencabar perasaan rakyat Palestin, Arab dan seluruh muslim di dunia melalui serangan berterusan ke atas Aqsa dan dengan proses penyahudian Jerusalem. Ini juga merupakan hasil daripada pertemuan tiga penjuru di Washington yang dihadiri oleh Mahmoud Abbas dimana Hamas telah memberi amaran Israel akan mempergunakan pertemuan ini dalam menghalalkan proses penyahudian Jerusalem.

Beliau juga menyeru Briged Qassam serta semua kumpulan pejuang agar bersatu untuk menentang sebarang konfrontasi dengan Israel kelak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous