(Terkini) 7 orang termasuk 4 kanak2 di tangkap rejim Zionis.

Isnin , 05/10/2009 – Tentera rejim Zionis telah menangkap tujuh warga Palestin di kampung Beit Owa, daerah Al-Khalil pada waktu subuh Ahad lalu, kata Persatuan Tahanan Palestin di bandar Al-Khalil.

Ia menambah tujuh orang tersebut adalah daripada keluarga Suwaiti termasuk empat kanak-kanak yang semuanya berumur 15 tahun.  Sumber tempatan mencatatkan bahawarejim Zionis telah mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan bandar sejak subuh dan askar-askar itu menyerbu dan menggeledah rumah sehingga tujuh daripada mereka ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79