Suara Peduli Palestin

Dr Bahr: Penderitaan pekerja Gaza di bawah pengepungan adalah suatu jenayah.

leave a comment

Isnin , 09/11/2009 – Dr Ahmed Bahr, wakil pertama Badan Perundangan Palestin (PLC), mengatakan bahawa penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terutama para pekerja akibat daripada pengepungan Israel adalah sebuah jenayah perang sama seperti kekejaman yang dilakukan oleh Israel dalam peperangan semasa.

Perkara ini diutarakan oleh para pekerja Palestin di luar markas PLC yang dibom untuk menuntut para pegawai Palestin agar mencari jalan keluar untuk isu pengangguran yang disebabkan oleh pengepungan yang dikenakan terhadap Gaza.

Di dalam perbincangan itu, Dr Bahr menyebut dalam sebuah pernyataan di negara-negara Arab, lembaga hak asasi manusia dan pertubuhan persidangan Islam harus berdiri bersama-sama rakyat Gaza terutama para pekerjanya yang cukup menderita dengan keadaan hidup sedemikian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Written by admin

November 9th, 2009 at 9:32 am

Posted in Berita Semasa