3 Askar Israel Cedera Dalam Letupan

Selasa, 26/4/2005 –Sebutir bom meletup mensasarkan konvoi tentera Israel di timur Gaza menyebabkan 3 anggota tentera Rejim tercedera

Ketika kejadian mereka sedang menaiki sebuah kenderaan jip di kawasan Nahal Auz. Sumber perubatan Israel melaporkan bahawa salah seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Sumber keselamatan Palestin pula melaporkan bahawa tentera rejim telah melepaskan tembakan bertubi-tubi sejurus selepas letupan ketikamana helikopter Israel mendarat di tempat kejadian.

Ini merupakan serangan terbaru ke atas tentera Israel sejak pengumuman gencatan senjata yang diisytiharkan oleh kedua-dua pihak di Sidang Kemuncak Sharm Sheikh, Mesir pada 8 Febuari lepas di mana pihak pergerakan pejuang Palestin bersetuju untuk mewujudkan tempoh bertenang dengan Israel. Tiada sebarang pihak di Palestin yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.