Suara Peduli Palestin

Bahar: PLC menyokong pilihanraya selepas proses pendamaian.

one comment

Rabu,11/11/2009 -Dr Ahmed Bahar, Timbalan Ketua Speaker , Badan Legislatif Palestin (PLC), telah menekankan bahawa PLC menyokong pilihanraya umum hanya selepas proses rundingan damai kebangsaan jauh daripada campur tangan kuasa asing dan syarat dari jawatankuasa kuartet antarabangsa.

Bahar mengatakan kepada seorang mahasiswa di Universiti Islam di bandar Gaza pada hari Isnin bahawa Mahmoud Abbas tidak mempunyai hak dalam perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya sejak tamat tempoh jawatannya sebagai Presiden PA Januari lalu.

Beliau juga menuduh bahawa keputusan mengadakan pilihanraya oleh Abbas merupakan sebuah “pelanggaran perlembagaan yang serius” kerana meminta semua calon legislatif dan pemilihan presiden untuk menerima cadangan PLO secara bertulis yang mana menururti perjanjian Oslo , menenetang dan menangkap pejuang-pejuang Palestin. Keputusan Abbas ini juga melanggar kesepakatan Kaherah tahun 2005 dan rundingan damai Mesir, kata Bahar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929

Written by admin

November 11th, 2009 at 6:46 am

Posted in Berita Semasa