Militia Abbas meletakkan MP Abdeljawad di bawah pengawasan 24 jam.

Khamis,19/11/2009 – Isnin lalu, Penggubal undang-undang Hamas Nasser Abdeljawad (gambar), yang telah dibebaskan dua bulan lalu daripada penjara Israel, melaporkan bahawa militia-militia Mahmoud Abbas di Salfit masih mengganggu beliau dan keluarganya setiap hari dan meletakkan beliau di bawah pengawasan 24 jam.

Di dalam sidang akhbar, Abdeljawad menyatakan bahawa Abbas telah menghantar pengintip untuk mengekori beliau dan keluarganya yang sentiasa mengikuti setiap pergerakan mereka sejak beliau dibebaskan. Beliau menambah bahawa pengintip Abbas telah menyoal siasat kenalan, saudara mara dan sesiapa sahaja yang pernah berjumpa dengan beliau serta menindas mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez