Suara Peduli Palestin

Israel menolak permintaan AS untuk menghentikan peluasan penempatan Gilo.

one comment

Khamis,19/11/2009 – Israel menolak sekeras-kerasnya permintaan AS untuk menghentikan pembangunan di Gilo yang dibina di atas tanah milik Palestin di bahagian selatan Baitulmuqaddis, serta menambah bahawa tidak ada perbezaan antara membangunkan id di situ atau di Tel Aviv.

Menurut akhbar Yedioth Ahronoth, seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri Israel menyatakan yang permintaan AS itu merupakan sebuah prosedur biasa. Akhbar mengatakan bahawa AS menghantar George Mitchell ke timur tengah untuk membuat permintaan tersebut semasa pertemuan beliau baru-baru ini dengan Penasihat Perdana Menteri Israel, Yitzhak Molcho selepas kerajaan Amerika menerima maklumat tentang niat Israel untuk menyetujui rancangan pembinaan di Gilo.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Written by admin

November 19th, 2009 at 1:26 am

Posted in Berita Semasa