(Terkini) Bardawil : PLC akan terus jalankan tugas sehingga pemilihan parlimen baru.

Jumaat,20/11/2009 –Jurucakap sayap parlimen Hamas iaitu Dr. Salah Al-Bardawil menegaskan bahawa Majlis Perundangan Palestin (PLC) akan terus menjalankan tugas-tugas parlimen seperti biasa sehingga pemilihan ahli majlis yang baru dilakukan.

Dr. Bardawil menjelaskan kepada pihak media Palestin bahawa ura-ura tentang peralihan kuasa PLC kepada majlis pusat milik PLO yang dikuasai Fatah adalah berpunca daripada ketidakpedulian terhadap undang-undang Palestin yang asas.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada pihak yang boleh menggantikan PLC kecuali melalui satu pemilihan baru yang sah di sisi undang-undang yang mesti diadakan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa