Pegawai Keselamatan memberi amaran akan usaha Perisikan Israel merekrut pesakit.

Isnin,23/11/2009 –Perisikan Israel telah menyeru pesakit-pesakit di Gaza yang ingin menerima rawatan di Tebing Barat atau Hospital Israel dan cuba mengertak pesakit untuk berkhidmat dengan mereka, menurut pendedahan pegawai keselamatan di Semenanjung Gaza.

Selasa lalu, Abu Ahmed memaklumkan kepada laman web Al-Majd yang menjurus dalam hal ehwal keselamatan, bahawa pegawai perisikan menahan pesakit berjam-jam di dalam bilik menyerupai sel penjara sebelum dikeluarkan untuk ditemuramah oleh mereka.

Ejen tersebut, yang memperkenalkan diri sebagai Arabi, cuba untuk mengorek sebanyak mungkin maklumat dari pesakit sebelum mengumpan mereka untuk bekerja dengan perisikan Israel dan mungkin ditawarkan sejumlah duit, kata Abu Ahmed.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil