(Terkini) Liga Arab tuntut pemeriksaan antarabangsa ke atas Penjara Israel.

Isnin,23/11/2009 – Urusetia am bagi Liga Arab telah menyeru supaya penjara-penjara Israel dibuka untuk pemeriksaan dan pemantauan antarabangsa bagi menamatkan pencabulan hak tahanan Palestin dan Arab.

Liga itu, dalam kenyataan akhbar Ahad lalu oleh Mohammad Subaih, timbalan setiausaha am bagi hal Palestin dan Wilayah Arab yang dijajah, memohon kepada badan-badan hak kemanusiaan supaya memberi tekanan ke atas Israel untuk membuka penjara-penjaranya untuk diperiksa kerana ia adalah satu negara di dunia yang membenarkan penyiksaan dan penahanan tanpa bicara.

Liga itu menyeru masyarakat dunia untuk memaksa Israel menghentikan jenayah ke atas tahanan dan juga pencabulan doktrin antarabangsa yang berkaitan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil