Hamas: Peningkatan kadar penyeksaan oleh militia Abbas terhadap tahanan dalam dua minggu terakhir.

Isnin,23/11/2009 – Gerakan Hamas berkata bahawa penyeksaan dan penganiayaan terhadap tahanan di penjara-penjara Mahmoud Abbas telah meningkat dalam dua minggu lalu. Menambah lagi, terdapat ramai daripada kader dan penyokong yang telah menderita dengan tahap kesihatan yang serius di penjara ini.

Dalam sidang akhbar, Hamas mengatakan bahawa apa yang berlaku di bandar-bandar Salfit, Beitunia, Juneid dan Al-Khalil dalam beberapa hari terakhir memberikan tanda-tanda buruk mengenai nasib ramai daripada kader khususnya mereka yang menderita penyakit kronik.

Hamas menambah bahawa Abbas sendiri dan para pengikut militianya telah bertanggungjawab ke atas tragedi yang berlaku di penjara Tebing Barat, mencatatkan bahawa nama-nama mereka telah terlibat dalam penyeksaan serta menyalahgunakan tahanan dan kejahatan mereka telah diketahui dan didokumentasikan, pastinya akan dilaporkan kepada pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez