Hamdan: Pertukaran tawanan tidak mungkin berlaku tanpa memenuhi semua tuntutan.

Isnin,23/11/2009 – Ahad lalu, Osama Hamdan yang bertanggungjawab menguruskan hubungan luar negeri dalam Gerakan Hamas mengatakan bahawa Gerakan itu masih lagi mempunyai kepentingan untuk mencapai kesepakatan dalam pertukaran tawanan dengan pihak penjajah Zionis jika mereka memenuhi semua tuntutan kemanusiaan menentang Palestin.

Walaupun beliau menolak untuk mendedahkan langkah-langkah seperti yang telah dicapai oleh pihak Mesir dan Jerman dalam hal ini, Hamdan berpendapat bahawa proses tersebut mungkin memerlukan lebih banyak masa akibat sikap keras kepala Israel.

“Pihak kami tulus dalam menyimpulkan kesepakatan, tetapi nampaknya masalah tidak dapat dicapai 100% kecuali perdana menteri Israel tunduk pada syarat-syarat yang diajukan oleh penculiknya koperal Israel Gilad Shalit. Kita tidak membincangkan tentang keputusan di dasar, tapi satu hal saya boleh diperkatakan ialah kami tertarik untuk menyimpulkan masalah ini berdasarkan pada objektif yang telah kita jelaskan sejak hari pertama penahanan Shalit”. Tegas Hamdan di dalam sidang akhbar Ahad lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez