November 24, 2009

Serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza cederakan 7 orang, musnahkan rumah.

Written by

Selasa , 24/11/2009 – Tujuh rakyat Palestin cedera dan beberapa buah rumah musnah akibat serangan udara terbaru oleh pihak Israel ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Tentera rejim Zionis mendakwa kononnya serangan tersebut dilakukan ke atas kilang senjata dan sebagai serangan balas roket yang ditujukan ke atas kawasan yang diceroboh Israel.

Rakyat Palestin yang menyaksikan serangan udara Israel itu memberitahu bahawa pihak Israel mensasarkan sebuah rumah bergerak di utara Gaza dan kawasan Al-Qassas di kem pelarian Yibna di Rafah. Sementara itu laporan media menyebut bahawa pesawat perang Israel telah mengebom dua buah bengkel besi di Jabaliya dan kawasan pusat Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Category : Berita Semasa

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme