Abdelqader : PA menjadi beban Palestin.

Rabu , 25/11/2009 –Hatem Aldelqader, Menteri Perhubungan Jerusalem di bawah pihak berkuasa Palestin (PA) yang telah meletakkan jawatan menghentam PA yang diketuai oleh Mahmoud Abbas, dengan mendakwa bahawa pergerakan itu gagal memenuhi objektif negara dan menjadi beban kepada Palestin.

Dalam satu ceramah yang berlangsung di Yaffa Nazareth, Abdelqader menegaskan bahawa masanya telah tiba untuk mendedahkan kebenaran dan mengakui kegagalan PA mencapai matlamat negara.

“Apabila kita mengumumkan secara rasmi bahawa kita telah menemui jalan mati, maka Intifada menjadi pilihan. Namun pilihan ini (Intifada) memerlukan pimpinan yang percaya bahawa rakyat mampu menangkis pencerobohan (Israel) dan saya tidak menafikan akan tercetusnya Intifada ketiga tidak lama lagi di bawah kuasa politik yang berkesan,” kata Abdelqader.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa