13 pro Hamas ditangkap oleh kumpulan bersenjata Abbas.

Rabu , 25/11/2009 – Kumpulan bersenjata Mahmoud Abbas dilaporkan telah menahan 13 penduduk Palestin yang pro-Hamas sejak dua hari lepas di daerah Nablus dan Tulkarem.

Di Tulkarem, kumpulan bersenjata Abbas telah menahan empat orang bekas tahanan penjara Israel yang salah seorang daripada mereka terus sahaja ditahan selepas dibebaskan manakala Khaled Olayan, pengarah pejabat ahli parlimen Palestin bandar tersebut serta tiga daripada keluarga Hersha juga ditahan selepas mereka dipanggil untuk siasatan.

Di Nablus, mereka juga menahan seorang bekas banduan kurang 24 jam selepas dia dibebaskan daripada penjara Israel selain empat orang yang lain dari berbagai daerah di bandar terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

2 Comments
  1. Kita terus berjuang dengan apa cara sekalipun..walhal dengan blog..kalau dengar cerita dari Nabi s.a.w suatu hari Yahudi akan dibunuh oleh orang Islam semua dibawah pimpinan Imam Mahadi…tapi sekarang pun kena berjuang ..AllahuAkbar

Comments are closed.