(Terkini) Rejim Zionis menangkap seorang budak lelaki cacat warga Palestin sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Selasa , 01/12/2009 – Menurut maklumat awam, Rejim Zionis telah menangkap Ahmad Samir Asfour, seorang budak lelaki warga Palestin yang cacat dari daerah Selatan Gaza Bandar Khan Younis sewaktu beliau dalam perjalanan ke hospital di Jerusalem.

Keluarga tawanan Palestin mengatakan dalam sebuah pernyataan yang disalurkan melalui Pusat Pengajian banduan bahawa anak mereka Ahmad dirawat di Mesir selepas cedera akibat perang penaklukan Israel di Gaza, di mana rawatan tersebut memerlukan beliau mengulangi beberapa kali proses amputasi pada bahagian-bahagian badan dan secara berterusan di hospital Jerusalem.

Keluarga tersebut menambah lagi bahawa mereka terkejut dengan tindakan Rejim Zionis menahan Ahmad, tetapi melepaskan kembali ayahnya yang menemani beliau dengan disita sebanyak $ 2.500 dan telefon mereka telah dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez