(Terkini) Sami Abu Zuhri : Hamas tetap komited

Isnin , 07/12/2009 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri Rabu lalu menyatakan bahawa gerakan Hamas komited terhadap rekonsiliasi kebangsaan.

Dalam satu kenyataan media, Abu Zuhri mengatakan pertemuan antara pemimpin Hamas dan sebuah delegasi daripada jawatankuasa rekonsiliasi nasional telah diadakan baru-baru ini dalam rangka untuk menghidupkan semula dialog kebangsaan.

Jurucakap itu menambah semasa pertemuan tersebut, pergerakannya menyatakan komitmen agar rekonsiliasi kebangsaan tercapai, sambil menerangkan masalah ini terhenti pada catatan tentang beberapa perkara yang ditambah ke dalam kertas Mesir tanpa konsultasi daripada Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79