(Terkini) Keadaan di kem pelarian Palestin di bawah kemiskinan.

Selasa , 08/12/2009 – Jurucakap UNRWA, Meshasha Sami (gambar) Ahad lalu mengatakan agensi itu dan pelarian-pelarian Palestin semakin bosan berdiri di depan pintu pagar komuniti antarabangsa untuk meminta bantuan, sambil menerangkan kedudukan kewangan agensi itu sangat teruk dan khidmatnya semakin menurun.

Dalam satu kenyataan media dengan akhbar Al-Arab Al-Yawm, Meshasha menunjukkan situasi kemanusiaan yang sukar di kedua-dua kem Nahr al-Bared dan kem pelarian di Lubnan serta kem-kem lain di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

“Ada sejumlah besar pelarian yang hidup di bawah paras kemiskinan dan ramai yang menderita, tetapi agensi itu tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang diperlukan untuk mereka kerana tahap sumbangan tidak bertambah, baik yang berkaitan dengan bajet semasa mahupun kecemasan”kata jurucakap UNRWA itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79