Israel Lempar Bom Ketika Orang Solat

COMES: Qalqiliah ? Kezaliman Zionis-Israel sekali lagi terbukti apabila mereka bertindak melempar bom ketika orang ramai sedang solat berjamaah. Begitulah, nasib para jamaah yang sedang menunaikan solat maghrib di masjid Jayush, Qaqiliah.

Dalam satu kenyataan , Wakil Kementerian Waqaf, Syaikh Yusuf Jum’ah, memohon kepada bangsa Arab, dunia Islam, OKI, Yayasan Al Quds (Quds Foundation) dan pertubuhan-pertubuhan Islam dan Arab serta organisasi HAM untuk segera bertindak menghentikan kerja biadab terhadap tempat suci Islam.

Syaikh Jum’ah mengingatkan akan konspirasi zionis untuk menguasai masjid-masjid terutama masjid al Aqsa dan penggalian terowong. Semuanya bertentangan dengan syariat agama samawi dan undang-undang antarabangsa menjamin hak ibadah.

Tentera Zionis-Israel turut mengepung dan menembak jamaah yang sedang solat maghrib dengan bom gas pemedih mata dan bom suara. Akibatnya, sejumlah jamaah mengalami sesak nafas.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.