Tentera rejim Zionis menangkap 5 rakyat Palestin termasuk seorang kanak2.

Rabu, 30/12/2009 –Tentera rejim Zionis telah menangkap lima penduduk Tebing Barat, Palestin Selasa lalu termasuk remaja lelaki berusia 15 tahun untuk siasatan, lapor penduduk tempatan.

Mereka mengatakan dua daripada mereka dikepung di desa Bilin, Ramallah dan dua lainnya di desa Burka, Nablus termasuk kanak- kanak lelaki dan seorang remaja. Tentera rejim Zionis juga menahan seorang penduduk di desa Edhna, barat Al-Khalil dan memukul tiga orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki di Al-Khalil.  Penduduk setempat mengatakan tentera memukul Yeha Dudin, 15, sebelah utara Al-Khalil hingga ia jatuh pengsan, dan kini dia sedang dirawat di hospital.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz_79