Rasyq: Hamas hormati kedaulatan Mesir.

Rabu, 30/12/2009 – Salah seorang pimpinan HAMAS, Ezzat Rasyq mengingatkan bahaya yang boleh melanda akibat keputusan kerajaan Mesir membangunkan tembok di sempadan Gaza. Rasyq menyeru agar kerajaan Mesir menimbang semula keputusan itu. Beliau menyatakan apa yang menjadi masalah kepada kerajaan Mesir bukanlah penduduk di Gaza tetapi Zionis-Israel. Sekatan yang di buat oleh Zionis-Israel sudah banyak melanggar hak-hak kemanusiaan. Majoriti yang menjadi mangsa kezaliman ini adalah kanak-kanak. Dengan adanya tembok baru itu, keadaan akan menjadi semakin buruk.

Rasyq menegaskan bahawa Hamas menghormati kedaulatan Mesir. Dia mengatakan, “Kami percaya bahawa keteguhan Gaza dalam menghadapi penjajah Zionis memperkuat keamanan Mesir dan tidak akan mengancam kedaulatannya sama sekali. Manifestasi paling menonjol dari kedaulatan Mesir adalah inisiatif untuk membuka persimpangan Rafah, sebagai keputusan Mesir yang berdaulat, tidak mengaitkan hal tersebut dengan persetujuan-persetujuan dan kesepakatan antarabangsa.”

Dalam hal lain, Rasyq menegaskan Mahmoud Abbas sepatutnya membantu Gaza dan bukan menyusahkan penduduk Gaza dengan bersetuju pembinaan tembok itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair dan Aznil