Kementerian Pertahanan membuat permohonan untuk selamatkan nyawa pesakit jantung di penjara Israel.

Rabu, 30/12/2009 – Jabatan Urusan Tahanan Palestin melaporkan Selasa lalu bahawa keadaan kesihatan banduan Zamel Shalluf di penjara pusat Beersheba Eichel semakin serius selepas beliau menjalani pembedahan jantung, pada masa sama, turut merayu semua organisasi yang bersangkutan dengan hak asasi manusia dan urusan tahanan agar menyelamatkan nyawa beliau.

Pengarah Perhubungan Kementerian, saudara Riyadh Al-Ashqar mengesahkan bahawa Shalluf telah ditahan di penjara Israel sejak March 2008, di mana beliau telah menjadi mangsa soal siasat di penjara Ashkelon hingga menyebabkan kesihatannya terganggu teruk dan telah dihantar ke hospital Barzilai.

Ashqar menyatakan bahawa doktor telah memaklumkan kepada Shalluf bahawa kondisi jantungnya berada di dalam keadaan yang sangat lemah dan implantasi peranti diperlukan untuk menguatkan jantungnya, atas dasar itu, beliau telah bersetuju untuk menjalani pembedahan untuk peranti implant tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

One Comment

Comments are closed.