Galloway : “Mesir mungkin disuruh, dipanggil dan diperintah Israel, tetapi Viva Palestin tidak!”

Ahad, 03/01/2010 –Ahli Parlimen Britain dan aktivis pro-Palestin, George Galloway Rabu lepas menyatakan beliau telah menerima surat daripada Mesir dua minggu lalu yang menuntut agar mendapatkan kelulusan Israel sebelum membenarkan konvoi Lifeline 3 memasuki Semenanjung Gaza, namun beliau tetap menolak segala bentuk kerjasama dengan Israel.

“Mesir mungkin disuruh, dipanggil dan diperintah Israel, tetapi Viva Palestin tidak,” kata Galloway dalam satu sidang akhbar.

“Kami menolak untuk bekerjasama dengan sebuah negara yang terus-menerus secara haram menceroboh tanah Palestin, membina lebih banyak penempatan, menzalimi 1400 orang di Semenanjung Gaza dan menghancurkan infrastruktur. Israel menolak untuk menhulurkan bata, kaca atau paku bagi membantu membina semula runtuhan bangunan yang disebabkan pesawat pejuang mereka. ”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79