Suara Peduli Palestin

Budaya “Membunuh”, Tema pakaian tentera Zionis-Israel.

4 comments


Ahad, 03/01/2010 – Dalam satu laporan akhbar Haaretz, sepanjang keganasan Zionis-Israel di Gaza, terdapat tren baru yang diperkenalkan oleh tentera-tentera Zionis-Israel.

Mereka menempah dan memakai baju/t-shirt yang mempamerkan tulisan dan lukisan yang membuktikan kebencian kepada rakyat Palestin dan umat Islam. Ungkapan dan lukisan seperti membunuh wanita yang bertudung, kanak-kanak dan terdapat juga lukisan yang memaparkan ahli keluarga mangsa kezaliman Zionis-Israel sedang menangis.

Terdapat juga logo tentera Zionis-Israel pada t-shirt yang di cetak. Tulisan Ibrani yang menegaskan supaya berlakunya pembunuhan beramai-ramai turut dimuatkan. Di samping itu, terdapat juga gambar-gambar masjid yang hancur. Seluruh tulisan dan lukisan yang di cetak menampakkan kebencian mereka terhadap umat Islam dan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair

Written by admin

January 3rd, 2010 at 1:34 am

Posted in Berita Semasa