Dr Mahathir Melawat Baitul Muqaddis

Selasa , 17/05/2005 –Pihak berkuasa Rejim Zionis semalam telah menghalang bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Muhammad utk melawat dan bersolat
di masjid Aqsa.


Menurut pegawai Palestin yang mengiringi Dr M , rejim Zionis tidak memberi kebenaran kepada Dr M utk memasuki Jerusalem dan tidak pula memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan tersebut.

Menteri Luar Negeri Palestin, Abdulllah Abdullah berkata kepada PIC (Palestin Info Centre), Dr M dinafikan hak memasuki Jerusalem kerana
pendirianya pro-Palestin dan suara lantangnya mengutuk kerajaan rejim Zionis.

Abdullah mengiringi Dr M semenjak beliau sampai di Jordan semalam. PIC diberitahu , Dr M tidak dibenarkan memasuki Jerusalem kerana
beliau tidak berurusan dengan pihak rejim Zionis.

Dr M memberi komen apa yang di katakan sebelum ini merupakan sesuatu yang jelas setelah di alaminya sendiri akan kebiadapan rejim Zionis. Beliau sebenarnya dijadualkan melawat Jenin, kota yang bermandikan darah pada tahun 2002.

Dr M menunggu hampir 2 jam di sempadan Allenby sebelum memasuki tanah Palestin ttp hampa dengan larangan rejim Zionis. Walaubagaimanapun, Dr M cuba mendekati Jerusalem sedekat mungkin dengan melawat bandar Abu Dis , 2 batu sahaja lagi
ke perkarangan suci Baitul Muqaddis.

Dr M sempat melihat sendiri akan pemandangan Masjid Aqsa dan Masjid Kubah Batu melalui tempat yang tinggi menerusi teropong.