Suara Peduli Palestin

Tentera rejim Zionis tembak mati dua orang awam Palestin, musnahkan hartanah di Tebing Barat.

leave a comment

Isnin , 11/01/2010 -Dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera rejim Zionis di utara Semenanjung Gaza ketika dinihari pada Sabtu lalu, menurut laporan sumber-sumber perubatan Ahad lalu.

Dr. Muwaiya Hasanein, pengarah Ambulan dan Kecemasan bagi kementrian Kesihatan, memberitau PIC Ahad lalu bahawa hubungan dengan Israel telah diadakan bagi mengeluarkan mayat dua rakyat yang masih belum dikenalpasti identitinya.

Sumber-sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa dua lelaki itu adalah pemngumpul barang-barang buangan, sementara saksi memberitahu wartawan yang tentera rejim Zionis melancarkan tembakan ke atas mereka malam Sabtu lalu dan membiarkan mereka mati melalui pendarahan berterusan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

Written by admin

January 11th, 2010 at 3:28 pm

Posted in Berita Semasa