Israel Serbu Ramallah 3 Cedera dan 6 Pelajar Ditangkap

COMES:- Ramallah Seramai 3 orang Palestin cedera dalam pertarungan sengit yang berlaku di Ramallah ketika pasukan penjajah Israel mengepung asrama mahasiswa Universiti Beir Zeit. Seramai 6 mahasiswa ditangkap pihak tentera Israel.

Para saksi mengatakan, askar Israel dalam jumlah besar menyerbu kota sekitar jam 10 malam sambil melepaskan tembakan dan dibawa oleh pesawat helikopter tentera. Mereka langsung mengepung asrama mahasiswa.

Askar-askar Israel memaksa penghuni-penghuni asrama untuk keluar dan mengepung mereka. Selanjutnya askar-askar menyerbu asrama dan menggeledah seluruh bilik sambil melakukan memukul dan menganiaya mahasiswa. Enam di antara mereka ditangkap dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Melihat kejadian ini, ratusan pemuda terus menyerbu ke tengah kota yang sudah terkepung terebut hingga terjadi pembontrakan sengit antara pemuda Palestin dengan tentera Israel yang menghujani pemuda-pemuda dengan tembakan organik serta gas air mata.

Akibatnya, seramai 3 orang tercedera.
Pembontrakan terus berlangsung dan tertumpu di lapangan asrama dan jalan Rakib, jalan al Quds serta jalan Irsal hingga berlalunya lebih dari 2 jam. Pemuda-pemuda terus berusaha untuk menembus pengepungan terhadap asrama.

Menurut laporan, dalam beberapa hari akhir ini, tentera penjajah sedang melakukan operasi penangkapan besar-besaran terahadap puluhan pendukung dan simpatis gerakan Hamas, di antara mereka adalah para mahasiswa.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.