Pendaftaran Pengundi Satu Keperluan

Gaza , Jumaat , 20/05/2005 – Persatuan Ulama Palestin (PUP), pada Khamis lepas, menyeru agar semua penduduk Palestin yang belum lagi mendaftar di pusat pendaftaran agar melakukan demikian secepat yang mungkin bagi memungkinkan mereka mengambil bahagian di dalam pilihanraya penggubal undang-undang yang dijadualkan berlangsung pada 17 Julai tahun ini.

PUP di dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan ditujukan kepada persatuan ini sama ada perlukah mereka mendaftar di dalam pilihanraya ini menunjukkan ketidakyakinan mereka kepada proses pilihanraya kali ini.

Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa adalah menjadi satu kewajipan negara kepada setiap lelaki dan wanita di palestin yang telah mencapai usia yang cukup untuk mengundi.

“Bagaimana kami diseru kepada reformasi dan perubahan sedagkan kami dihalang dari mengundi yang memberi kesan kepada reformasi tersebut? Sekiranya semua bercadang untuk menentang dari membuang undi, maka siapakah yang akan mereformasikan apa yang telah dirosakkan oleh elemen korup tersebut?” Bidas kenyataan tersebut.
Sementara itu, tawanan Palestin di Askalan, penjara pusat Israel, telah mengikut perkembangan ini secara terus menerus mengenai pilihanraya tempatan dan legislatif Palestin.

Menurut tahanan di penjara tersebut, ramai tahanan melahirkan rasa keinginan mereka mencalonkan diri di dalam pilihanraya legislatif kali ini.