Briged Al Aqsa Bunuh dan Cederakan 3 Askar Israel

COMES:- Gaza Briged al Aqsa, sayap ketenteraan gerakan Fatah, menyatakan bertanggungjawab ke atas matinya seorang askar Israel dan dua yang lain cedera dalam dua serangan yang berlainan di selatan Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, Briged al Aqha mengatakan bahawa penembak tepatnya berjaya menembak seorang askar Israel saat menaiki atas kereta kebal untuk memindahkan bahan bakar di kampung Barazil di Rafah.

“Seorang askar Israel ditembak terus ketika sedang menaiki kereta kebal dan kemudian seorang askar yang lain berusaha untuk menarik mangsa dan terus ditembak oleh penembak tepat kami hingga jatuh cedera,” kata al Aqsa dalam kenyatannya.

Al Aqsa menjelaskan lagi bahawa pasukan
Zionis-Israel terus dikerahkan ke lokasi serangan dan langsung melancarkan tembakan gas pemedih mata dan asap untuk mengeluarkan kedua mangsa. Menurut al Aqsa, sebelum kejadian ini salah satu sel tentera al Aqsa berhasil membunuh seorang askar Israel di timur Beit Hanun.

Saat itu, tegas al Aqsa, askar tersebut berdiri di salah satu pintu yang ada di pagar kawat sempadan di timur Beit Hanun. Mangsa tidak sempat untuk melarikan diri ketika diserang oleh para pejuang al Aqsa dan menembaknya hingga mati.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.