Zionis Diserang Hebat oleh al-Qossam

Jumaat , 20/05/2005 –Brigade Izzudin al-Qossam melepaskan serangan dua roket jenis qossam ke kawasan jajahan ?Netsarem? wilayah Palestin sebelah selatan Gaza.

Al-Qossam menyebutkan serangan tersebut adalah rangka pembalasan terhadap kezaliman Zionis-Israel yang melakukan pembunuhan terancang terhadap salah satu anggotanya, Amad Barhum di Refah serta kebiadapan mereka yang menyerang mujahid-mujahid di kem Khanyunis.

Al-Qossam bersyukur kepada Allah Ta?ala dan berterima kasih kepada rakyat Palestin yang telah membantu dalam jihad mereka. Dalam pada itu Brigade Izzudin al-Qossam juga berjaya melepaskan tembakan meriam dan roket ke tanah jajahan ?Nevah Dakalim? wilayah Palestin, sebelah barat kem Khanyunis. Dalam satu kenyataan mereka, ?Dengan pertolongan Allah dan taufiqNya Izzuddin al-Qossam mampu menghancurkan tanah jajahan ?Nevah Dakalim? dengan 8 biji mortar.