Israel Mengugut Perang terhadap Gaza

Jajahan Jerusalem , Isnin, 23/05/2005 –
Pegawai Israel telah berang, Khamis berikutan serangan Palestin terhadap penduduk di Tebing Gaza sebagai serangan balas terhadap pembunuhan dua orang pejuang pembebasan dan menyuarakan ancaman perang

Sumber keselamatan Israel menjangkakan tenteranya untuk mewar-warkan penerusan operasi ketenteraan menyeluruh terhadap rakyat Palestin, terutamanya terhadap pergerakan Hamas.

Radio Hebrew mengungkapkan sumber tersebut berkata bahawa menteri peperangan Shaul Mofaz akan mengkaji keadaan keselamatan di Jalur Gaza Khamis tengahari dan akan memberikan arahan untuk membalas terhadap serangan Palestin kepada penempatan.

Sumber keselamatan juga menyatakan seminggu yang lepas bahawa tentera sedang menyediakan serangan terhadap gerakan Hamad berikutan kemenangannya dalam pilihanraya tempatan pertama dan kedua dalam usaha untuk menangguhkan pilihanraya legislative, yang dijangkakan oleh kebanyakan akan dimenangi oleh Hamas.

Bagi pihaknya, timbalan menteri peperangan, Ze?ev Boim, mengugut untuk menangguhkan pelan pengunduran yang akan menyebabkan pengeluaran dari Jalur Gaza dan kawasan utara Tebing Barat.

Boim memberitahu radio Israel Khamis bahawa kerajaannya mungkin akan menangguhkan pelan itu jika serangan peluru berpandu tidak dihentikan dan menambah bahawa tenteranya patut membalas secara tegas terhadap serangan.

Manakala, sumber keselamatan Israel berkata bahawa tempoh bertenang yang diwar-warkan lebih 3 bulan lepas hampir musnah.