PA, Hamas Menuduh Israel Inginkan Rosakkan Tempoh Bertenang

Jajahan Jerusalem , Isnin, 23/05/2005 –Pihak PA dan gerakan pembebasan Hamas pada hari Selasa menuduh Israel menginginkan untuk merosakkan perjanjian sementara yang dicapai di antara Israel dan pemimpin Palestin di Mesir empat bulan yang lepas.

Tuduhan itu dikeluarkan selepas pegawai politik dan tentera Israel membuat ugutan untuk menjalankan operasi ketenteraan baru terhadap pejung Palestin yang disyaki di Tebing Gaza.

?Matlamat Israel sekarang ialah untuk mensabotaj lawatan mendatang Mahmoud Abbas (Presiden PA) ke Washington,? pegawai menteri luar PA Abdullah Abdullah memberitahu PIC.

Beliau menuduh tentera Israel sedang menjalankan ?serangan peluru berpandu tanpa sebab kepada rakyat Palestin yang tidak memulakan keganasan terhadap sasaran Israel.?

?Saya berkata tentang beberapa lelaki yang hanya berdiri. Mengapa mereka menembak peluru berpandu kepada lelaki-lelaki ini, mereka tidak menembak sebutir pun peluru kepada tentera atau penduduk Israel?? kata Abdullah.

Pegawai Palestin tersebut menyatakan bahawa perdana menteri Israel sedang mencuba untuk mewujudkan ganguan bagi menghalang tekanan antarabangsa untuk melaksanakan ?pelan damai? yang ditaja oleh Amerika untuk mewujudkan kedamaian antara Israel dan Palestin.

Tentera Israel telah membunuh seramai 2 orang Palestin, seorang pada hari Selasa dan seorang pada Rabu, dengan alasan bahawa mereka sedang meenmbak mortar berhampiran penempatan Yahudi.

Kedua-dua lelaki tersebut dilaporkan mempunyai hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzedin al Kassam.

Dalam serangan balas, pejuang Hamas melancarkan beberapa roket Qassam dan sebanyak 10 mortar. Tiada kecederaan atau kerosakan teruk dilaporkan.

Seorangjurucakap Hamas di Jalur Gaza juga menuduh kerajaan Israel menginginkan untuk menyalakan semula keganasan untuk mengambil hati penduduk Yahudi yang menentang pengunduran Israel dari Jalur Gaza.

Sami Abu Zuhri berkata Hamas tetap komited kepada ?bertenang? tetapi menambah bahawa pergerakannya akan menyerang balas jika diserang.

Penduduk Yahudi dan penyokong mereka telah menganjurkan demonstrasi yang lantang di seluruh Israel, termasuk menyekat jalan dan lorong utama dengan membakar tayar dan tong sampah.

Bagaimanapun, kerajaan Sharon enggan menggunakan kekerasan terhadap mereka, jelas kerana kebimbangan mengenetepikan kumpulan teras bernama ?pihak nasionalis? yang mana perdana menteri Israel Arial Sharon mendapat kebanyakan sokongannya.