Laporan PA: Ekonomi Palestin Merudum di bawah Penjajahan Israel

Ramallah , Isnin, 23/05/2005 –Ekonomi Palestin terus merudum kesan dari sekatan berkekalan Israel yang dikenakan kepada rakyat Palestin, satu laporan, dikeluarkan oleh badan ekonomi PA untuk pembangunan dan pembinaan, mendedahkan.

Laporan tersebut berkata bahawa pendapatan individu Palestin jatuh kepada 50% dalam tempoh beberapa bulan, menyatakan bahawa 2 juta rakyat Palestin sekarang adalah dibawah paras kemiskinan.

Ia menyebutkan bahawa kadar buruh kanak-kanak di dalam masyarakat Palestin menghampiri kepada 12% kesan terhadap polisi yang buruk yang mengikat rakyat Palestin oleh kebobrokan penjajahan Israel.

Laporan tersebut mengariskan bahawa individu Palestin membelanjakan 40% daripada pendapatan hariannya untuk makanan utama dan bahawa 60% pendapatan rakyat Palestin yang miskin dibelanjakan untuk makanan.

Inflasi ekonomi Israel yang dialami sekarang, mencerminkan kesan negatifnya terhadap rakyat Palestin, ia menjelaskan dan menegaskan bahawa eksport dan import PA menjunam kepada takat terendah dalam beberapa tahun kebelakangan.

Negara Arab yang menjanjikan bantuan sebanyak satu billion dollar kepada rakyat Palestin masih belum menunaikan janjinya, laporan itu mengakhiri.