Israel Memonopoli 90% Sumber Air Palestin

Ramallah , Isnin, 23/05/2005 –Israel masih memonopoli 90% daripada sumber air Palestin, yang dieksploitasi untuk penempatan haram Israel yang dibina di tanah Palestin di Jalur Gaza dan Tebing Barat, kata Dr Osama Al-Farra, ketua kesatuan tempatan Palestin.

Al-Farra menegaskan, dalam kenyataan akhbar, bahawa dominasi Israel terhadap bekalan air Palestin telah mengakibatkan krisis air di Tebing Barat di mana penduduknya bergantung kepada air bawah tanah untuk mengairi tanah pertanian mereka, menambah kemasinan dan pencemaran organic telah merebak meluas di tanah pertanian Palestin menurut polisi yang tidak berperi kemanusiaan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa penduduk Palestin adalah berhak untuk membeli 35 juta meter padu air dari syarikat air Israel dengan lebih daripada separuh dollar untuk sepadu air dan menunjukkan bahawa setiap rakyat Israel menggunakan sebanyak 800 liter air sehari berbanding 70 liter sehari bagi penduduk Tabing Barat.

Eksploitasi Israel yang prejudis terhadap bekalan air rakyat Palestin tidak akan mewujudkan suasana yang baik terhadap pelan damai Timur Tengah, Al-Farra mengariskan.