Penyelidik Palestin: Hamas Berkemungkinan Untuk Memenangi Pilihanraya Julai

Ramallah , Isnin, 23/05/2005 –
Penyelidik Palestin, Abdul Rahman Salem, seorang pakar dalam bidang pergerakan Islam, berkata pergerakan Hamas berkemungkinan untuk menang besar-besaran terhadap pergerakan Fata, dalam pilihanraya 17 Julai ini.

Dalam artikelnya, bertajuk ?Pergerakan Fatah: Pilihanraya dan Dilema Calon? yang diterbitkan dalam media Palestin, Salem menjangkakan Fatah akan memerasai kekalahan pahit dalam pilihanraya PLC jika ia tidak bersungguh menyemak kembali polisi-polisinya yang akan mengembalikan keyakinan pengundi.

Beliau berpendapat Hamas adalah ?lebih pragmatic dan matang berbanding Fatah dalam hal berkaitan pilihanraya dan aspirasi serta cita-cita pengundi.?

?Banyak analisis strategi bermula dengan menyebut bahawa Fatah akan runtuh dalam abad ini jika ia tidak melakukan perubahan dalaman untuk memperbaharui pemikiran dan rancangannya,? beliau menyatakan.

Beliau membenarkan bahawa Hamas menunjukkan keprihatinan yang besar kepada keadaan terkini politik yang dialami oleh rakyat Palestin berbanding Fatah yang terbukti tidak mampu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.

?Perkara ini adalah sangat serius kerana Fatah telah tidak mampu untuk menghadapi arus popular Hamas, yang kini memiliki sejarah perjuangan standing dengan Fatah,? penyelidik tersebut menyimpulkan.