Hamas Kaji Kemungkinan Boikot Pilihanraya

Selasa , 24/05/2005 –Gerakan Hamas menegaskan, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan memboikot pilihanraya peringkat kota tahap 2 di beberapa kota yang dimenangi Hamas.

Seperti yang dikeluarkan Islamonline, Hamas akan mengkaji untuk tidak ikut serta dalam pilihanraya selanjutnya jika tidak ada jaminan cukup untuk tidak mengulangi salahlaku-salahlaku pilihanraya yang dilakukan oleh Fatah, demikian tegas juru cakap Hamas Sami Abu Zuhri sungguhpun Hamas belum memutuskan untuk boikot peilihanraya.

Zuhri menegaskan, pihak Hamas tetap akan mempertahankan haknya meskipun kesan impaknya tidak dapat turut serta dalam pilihanraya. Hamas juga menolak keputusan Mahkamah Palestin tidak adil.