7 Cedera Ketika Demo

Rabu , 25/05/2005 – Seramai 7 orang pendukung HAMAS tercedera setelah diserang dengan tembakan ketika sedang demo di al Buraij, Semenanjung Gaza. Demo itu bertujuan mengecam keputusan pihak mahkamah yang membatalkan keputusan pilihanraya bagi kawasan yang dimenangi oleh Hamas di Semenanjung Gaza.

Menurut saksi, demo itu berlangsung secara aman dan tenang di jalan utama kem pelarian al Buraij. Namun keadaan tenang itu di ganggu oleh sebuah kenderaan yang tiba-tiba menyerang peserta-peserta demo. Seramai 5 orang di langgar oleh kenderaan tersebut dan 2 orang yang lain terkena tembakan yang dilepaskan dari kenderaan itu. Mereka semua kini sedang menjalani rawatan di hospital Syuhada? al Aqsa di Deir Balah.